Wednesday, 17 February 2016

KES RABA DEPAN SOGO: "MENURUT POLIS BANTUAN, LELAKI BERKENAAN MABUK" - POLIS

BY #sempoibaqhang IN , No comments



KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seorang lelaki warga Nepal kini sedang dikesan oleh pihak polis kerana didakwa mencabul seorang penyanyi jalanan dalam satu
kejadian yang berlaku di pusat membeli belah Sogo pada petang Selasa.

Mangsa, seorang wanita berusia 23, dikatakan dipeluk dan diraba lelaki berkenaan ketika sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di hadapan pusat beli belah itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, mangsa bersama dengan suaminya ketika kejadian itu berlaku pada jam 9 malam.

"Lelaki berkenaan dikatakan memeluk mangsa dari belakang dan meraba badan wanita itu sebelum suspek ditolak oleh suami mangsa.

"Suspek yang cedera di hidung terbaring di hadapan pusat beli-belah berkenaan sebelum beredar dari kawasan terbabit," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Tambah beliau lagi, seorang Polis Bantuan Sogo dan pengawal keselamatan kemudian memberi rawatan kepada warga Nepal itu sebelum dia beredar dari tempat kejadian.

"Menurut polis bantuan berkenaan, lelaki berkenaan berkemungkinan mabuk berdasarkan cara percakapan dan bau alkohol pada dirinya," katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - SUMBER

"Lelongan" Faiz Subri akan dibuat dalam masa terdekat melalui laman rasmi FAP

BY #sempoibaqhang IN No comments

GEORGETOWN: Jersi, seluar, stokin dan but bola penjaring sensasi skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri, bakal dilelong Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

"Lelongan" Faiz Subri akan dibuat dalam masa terdekat melalui laman rasmi FAP
Faiz Subri

Bendaharinya, Datuk M Murly, berkata kelengkapan dipakai Mohd Faiz ketika menjaringkan gol sehingga menjadi ‘viral’ di seluruh dunia itu akan dilelong pada harga permulaan sebanyak RM100,000.

Katanya, lelongan itu bertujuan mengumpul dana yang akan digunakan bagi program pembangunan bola sepak bawah 16 tahun dan pencarian bakat muda bola sepak di negeri ini.

“Lelongan itu dijangka akan dibuat dalam masa terdekat dan berlangsung selama dua minggu melalui platform atas talian yang boleh diakses melalui laman rasmi FAP.

"Lelongan" Faiz Subri akan dibuat dalam masa terdekat melalui laman rasmi FAP
Mohd Faiz Subri (tengah) menandatangani jersi yang dipakai sewaktu menjaringkan gol
 ketika menentang Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, 
“Kita akan membuat hebahan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter bagi memberitahu hal ini kepada peminat bola sepak negara,” katanya pada sidang media, di sini, petang tadi.

Semalam, pemain tengah skuad Liga Super Pulau Pinang itu mencipta fenomena apabila gol yang dijaringkan menjadi viral di seluruh dunia dan turut disamakan dengan jaringan pemain legenda Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Kata Murly, lelongan itu juga dibuat untuk mengukur sejauh mana peminat bola sepak dan sektor swasta di negara ini sanggup ‘berkorban’ bagi mendapatkan kelengkapan penjaring sensasi negara itu. -BH

Bukan di Janggut, Giliran Glitter di Ketiak Jadi Trend Masa Kini.

BY #sempoibaqhang IN No comments

Media sosial seringkali menjadi wadah bagi trend-trend baru yang muncul. Mulai dari gaya rambut hingga fashion yang unik.

Beberapa waktu lalu, menaburkan glitter di rambut dan janggut sempat menjadi trend. Kali ini, trend sama juga mula muncul.



 Bukan rambut atau janggut, glitter tersebut kali ini ditaburkan di ketiak. Wanita-wanita dengan sengaja memanjangkan bulu ketiaknya kemudian memberikan kesan berkilauan dengan glitter tersebut.


Mereka juga kelihatan tidak malu menggunakan tank top dan mengangkat lengan tinggi-tinggi. 
Wanita-wanita tersebut juga memuat naik foto ketiaknya ke media sosial. Penampilan itu mereka sebut sebagai dandanan menyambut hari krismas.

Sementara itu, memanjangkan bulu ketiak banyak dilakukan oleh 
wanita di pelbagai negara saat ini. Gerakan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen untuk merubah standard kecantikan perempuan yang telah ada di masyarakat.

Saturday, 13 February 2016

Apa Kelebihan Hammock

BY tuanAFK No comments

Tempat tidur gantung atau buai atau hammock adalah salah satu kelengkap yang harus kamu ada kalau kamu betul mengaku kamu tu pencinta alam. Terdapat banyak kelebihan yang boleh kamu dapatkan dari menggunakan hammock , Hammock bukanlah hanya digunakan untuk keperluan tidur sewaktu sedang menjelajah ke dalam hutan, tetapi kamu juga boleh menghiasi halaman belakang rumah dengan hammock sambil menikmati matahari pagi ataupun angin petang, Apa saja kelebihan hammock untuk tidur?


1 - Melancarkan aliran darah ke otak
Ada beberapa penelitian yang menyatakan bahawa tidur dengan posisi leher agak terangkat sekitar 10 sampai 30 darjah adalah posisi tidur terbaik. Posisi ini lebih banyak dipraktikan oleh masyarakat tradisional berbanding masyarakat modern yang tidur di tempat tidur yang rata. Tidur dengan menggunakan tempat tidur gantung membuat kamu mendapatkan posisi sempurna ini. Posisi ini memungkinkan aliran darah ke otak menjadi lebih lancar sehingga membuat tidur menjadi lebih berkualiti


2 - Terhindar dari beberapa jenis haiwan
Ketika kamu bermalam di hutan belantara yang terbuka, besar kemungkinan tidurmu akan diganggu oleh beberapa haiwan yang berkeliaran. Tidur dengan menggunakan hammock biasa lebih membantumu terhindar dari haiwan-haiwan tersebut terutama mereka yang bergerak di daratan. Selain terhindar dari beberapa jenis haiwan, tidur di hammock juga lebih selesa berbanding tidur di atas tanah sewaktu selepas hujan. nak ke tidur dalam lumpur?




3 - Lebih mudah dibawa
Apabila kamu mengambil keputusan untuk bercamping. sudah tentu barang-barang yang hendak dibawa akan jadi limited. kalau dibandingkan dengan khemah . hammock hanyalah selembar kain yang hujungnya di ikat dengan tali. bukankah ia lebih efisyen berbanding khemah.


4 - Menyembuhkan insomnia
Gerakan mengayun pada hammock diyakini mirip dengan cara orang dewasa membuat bayi tertidur dengan cara mengayunnya. Gerakan ayunan ini membuat gelombang otak yang serupa dengan gelombang otak bayi saat ia tidur terlelap. Oleh sebab itu tidur dengan hammock dipercaya merupakan kunci untuk menyembuhkan insomnia untuk orang dewasa. Gelombang otak yang dihasilkan akan membuat seseorang lebih mudah untuk tidur, dan tidur lebih lama.


Petua Halau Anai-Anai Dari Rumah

BY tuanAFK IN No comments

Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.




Di Malaysia, ada tiga jenis anai-anai yang boleh ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.

Berikut disertakan panduan atau cara petua menghalau Anai-Anai dari rumah anda dengan cara yang mudah, boleh cuba try.


1. Garam Dapur


Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih


Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras


Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah


Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau


Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

SELAMAT MENCUBA.